Islam Graphics
More Islam Graphics at Jhocy.com

JADUAL KELAS

SALAM SEMUA, SAYA MEMINTA MAAF SAYA TIDAK DAPAT MEMBUAT KELAS LAGI DISEBABKAN TELAH BERPINDAH KE RAWANG.
INSYAALLAH,JIKA DI IZINKAN SAYA AKAN MEMBUKA KELAS DIRAWANG.MASA DAN WAKTUNYA AKAN DIBERITAHU KELAK
Makanan yang dilarang untuk pengantin perempuan

Tlg forwardkan kepada sesiapa yg belum berkahwin.
RASULULLAH S.A..W. ADAB UZ-ZIFAF

Ahmad telahmenceritakan : "Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsahdan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishakbin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripadaAl-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telahberwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di manabaginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantinperempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabilakamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allahs.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yangsentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehinggasentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmudan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalamrumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripadamemakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini padaminggu pertama perkahwinan iaitu :

1. Susu 2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu keringdan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnyatikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripadaperempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dansemasa minggu pertama perkahwinan) ."

Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersihselama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid didalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .

Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanyamaka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengansebabnya."

"WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKUTELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."
Subject: Rahsia Solat Awal Waktu
Renungan bersama..............................

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ..."



Ahad lepas aku pi lagi kelas Uma untuk buat photoshop.........best tu ramai yang datang............dari yg kanak2 hingga la yang dah vateren tu...........tu la lau kita ada hati nak belajar tak kira tua atau muda yang penting belajar hingga ke akhir hayat untuk ilmu didada........banyak yang aku pelajari macam mana nak buat gambar jadi make-over gitu.........tapi aku tak ada software untuk photoshop........kena le install dulu.........apa pun ni satu lagi ilmu yang dapat aku pelajari...........selagi minat aku untuk belajar akan ku teruskan impian ku ini.........bak kata pepatah tak semestinye kita tak belajar sampai ke menara gading kita tak boleh berjaya.............yang penting keazaman yang jitu...........aku puas dengan apa yang aku doakan selama ini Allah kalbulkan...........semoga segala impianku dirahmati Allah SWT..........Wassalam.......

Pagi ni aku buka blog sifuku Kak Ummie sbb nak cari blog Marvelcakes.......tiba ku terpandang 1 blog yg aku rasa mcm kenal,rupa2nye aku nye blog........bangga gak tu ada kat dlm link seorang pakar coklat & agar2 magic..........almaklum le aku budak baru belajar........aku ni part-part memasak leh la,tapi bab biskut & kek hancur tapi tu dulu.........sekarang aku dah leh buat tu semua........moto aku cuba hingga dapat tak perlu rasa malu & takut dikata orang yang penting aku puas dengan pencapaian aku sekarang...........so pada sesiapa yang rasa tak pandai memasak tu leh la hubungi aku untuk kelas masak memasak.........jadual akan aku sertakan kemudian.....pada Kak Ida terima kasih kerana mengajar aku membuat cup cake....Pada Uma terima kasih kerana ajar aku macam mana nak buat blog.....almaklum aku ni part ni buta sikit,tapi bila dah tahu siap la habis aku godang semuanye..............tak lupa pada Ummie kerana mengajar aku membuat coklat & cara-cara nak upload gambar(tapi tak past-past gak)........pada Asfarul & Ayu Taha terima kasih kerana mengajar aku pastry..........so lau anda rasa nak belajar dengan saya leh le hubungi saya..........bye cerita selanjutnye akan aku muatkan kemudian.......
Hari aku terasa nak masukkan segala ilmu masakkanku untuk tatapan kekawang semua.........ni resepi yang aku olah sendiri......lepas ni ada lebih banyak lagi resepi yang akan aku paparkan..............tungguuu. sorry gambar takde sebab takde kamera you.........

NASI AYAM
Bahan Untuk Nasi
4 tin susu beras basmathi
4 tin susu air rebusan ayam
2 buku kecik pati ayam
100 gm majerin

Sup & Air Rebusan Ayam
tulang ayam [terpulang nak taruk berapa ekor]
1 bungkus sup bunjut [ditumbuk]
1 biji bawang besar [blender]
5 ulas bawang putih[blender]
2 inci halia[blender]
1 buku kecik kuib pati ayam [lau nak sedap taruk le 2 buku]

Cara membuat
1. Rebuskan tulang ayam dalam periuk besar bersama bahan-bahan membuat sup & rebusan ayam sehingga mendidih.
2. Ambil 4 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan serta majerin. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.

AYAM BERMADU
Bahan
1 ekor ayam [potong 2]
2 biji bawang besar [blender]
5 ulas bawang putih [blender]
2 inci halia [blender]
5 batang serai [blender]
kicap kipas udang secukupnye [botol merah ye]
gula [ni ikut suka hati ye]

Cara membuat
3. Lumurkan bahan untuk ayam pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak, ayam ye potong 4]

Hiasan
Daun salad timun tomato daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng garam secukupnya

Sos
Cili 10 biji cili merah
3 sudu Sos cili
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis[tak taruk pun sbb x suka masam]
gula & garam secukupnya
Hari ni aku menyemak email2 lama yg aku dapat........tiba2 aku berminat dengan email ni lalu ku copy & paste je.........di sebabkan aku budak baru belajar tak tahu lak macam mana nak download surah2 yang ada.............so pada sesiapa yang tahu tolong aku budak baru belajar ni..........leh la aku sertakan ayat-ayat yang aku x dapat download tu.........surah-surah ni sebagai pendiding diri kita

BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i. Al-Muawwizat

ii. Ayatul Kursi

iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin

iv. Ayat Berkubu

v. Ayat Penggerak


1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas

CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

2.0 AYATUL KURSI

Terjemahan;
Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah


3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah).
3.Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya
4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri. 3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5.Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1.Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut
Sabtu 30/5/09 aku pi menimba ilmu lagi,kali ni aku pi belajar dengan Laila membuat homemade coklat .......almaklum le nak jadi tenaga pengajar mesti le ada ilmu yang banyak..........memang seronok aku pi belajar .....Ummie ada ajar aku dan Laila mcm mn nak buat blog.........ni percuma je tau........lepas ni aku lak nak buka kelas homemade coklat.........so pada sesiapa yang nak belajar yang duk area wangsa maju dan yang sewaktu dengannye leh la hubungi aku.........tungguuuuuuuu........






COBAAN PERTAMAKU.........
Semalam aku belajar membuka blog pertama ku dgn Miss Umawathy.......Seronok sesangat impianku termakbul..............berbanyak terima kasihku pada Zaiton kerana suggestion ku untuk pihak kolej membuat kelas blog ini tercapai.............x rugi aku belajar dengan Miss Uma banyak yangku pelajari darinye.........beliau x kedekut ilmu.............sabar mengajar aku & rakan2 tentang blog.............terutama aku ni yang buta IT.............kelas yang sepatutnye habis kul 2 ptg tetap diteruskan oleh Miss Uma untuk mengajar aku & adik Syed yang masih blerrrrr seeeesangat tentang laman blog...........sekali lg ku ucapkan ribuan terima kasih pada Zaiton,Miss Uma yang terpaksa meluangkan masa untuk mengajar kami yang hadir semalam.............yang paling bestnye sepanjang aku hadir dalam setiap kelas anjuran Miss Uma je yang sediakan sarapan...........nasi lemak teh o tuuuuuuuu.............kelas yang sepatutunye dihadir seramai 20 tetapi hanya 13 orang yang hadir yang lain ye datang lambat.....terpaksa le Miss Uma suruh meraka balik sebab kelas dah suku pelajaran..........so pada sesiapa yang nak menghadiri kursus jangka pendek leh lah layari laman web .............yurannye berpatutan yang mampu bagi golong yang berpendapatan rendah macam aku nie............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sorry Graphics More Sorry Graphics at Jhocy.com

KU MOHON SEPULUH JARI KEMAAFAN JIKA ADA TERSILAP TERKURANG SEMASA SAYA MENGAJAR

Thank You Graphics More Thank You Graphics at Jhocy.com

RIBUAN TERIMA KASIH KU UCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG DATANG KE KELAS KU INI.SEMOGA TIDAK SERIK UNTUK BERSIFU DENGANKU.....