Islam Graphics
More Islam Graphics at Jhocy.com

JADUAL KELAS

SALAM SEMUA, SAYA MEMINTA MAAF SAYA TIDAK DAPAT MEMBUAT KELAS LAGI DISEBABKAN TELAH BERPINDAH KE RAWANG.
INSYAALLAH,JIKA DI IZINKAN SAYA AKAN MEMBUKA KELAS DIRAWANG.MASA DAN WAKTUNYA AKAN DIBERITAHU KELAK
Di sini aku nak ucapkan terima kasih pada pelanggan-pelanggan aku yang menempah kotak coklat dari aku........kotak yang ditempah lupa pulak aku nak ambik gambar nye........walau bagaimana aku bersyukur Alhamdullilah rezeki yang dianugerahkan oleh Allah.........
Salam........
Lama aku tak dapat nak upload gambar-gambar tempahan yang aku terima.........ni tempahan sepanjang bulan nov lepas........syukur Alhamdullilah kerana rezeki yang aku dapat.......


Ni aku buat khas untuk sepupu aku yang baru je melangsungkan perkhawinannye hari sabtu 5/12........semoga berpanjangan sehingga akhir hayat........


Order dari Amri gombak.......100pcs strawberry & capuccino.......


Tempahan dari Ros Cheras Baru.....150pcs ros lolichoc perasa strawberry & capuccino.......disebabkan stok kotak aku dah kehabisan kena la tangkap macam ni...kalau tak mesti aku tak teringat nak ambik gambarnye.......


Ni dari Jem dari Selayang 100pcs ros lolichoc perasa durian.......untuk doofgift perkhawinannye pada 6/12.....sorry tak dapat hadir balik kampung sepupu khawin....


Order dari Suria cheras....50pcs ros lolichoc perasa orange untuk doorgift cukur jambul anak buahnye.....



Coklat doremon ditempah oleh Kak Mai..katanye nak taruk atas kek.......



Tempahan ni aku terima dari Lis.......kata lis dia berminat selepas pergi harijadi kat rumah Kak Mas.........katanye ini untuk doorgift buat budak-budak yang datang untuk harijadi anak buahnye........



Coklat aku buat khas untuk Kak Mas jiranku untuk harijadi cucu pertamanye yang menyambut harijadi yang ke 2 pada 29/11.........


Ni order dari Nadia officemate aku.....Nadia order lepas Nurul bagi dia rasa coklat yang diorder oleh Nurul.......nak sama gak capuccino + badam........kata Nadia ni untuk hari raya haji.........


Ni tempahan kedua dari Nurul officemate aku.......kali ni Nurul nak campur capuccino + badam...........
INI SALAH SATU LAGI ILHAM SAYA UNTUK DOORGIFT BAGI MENYERIKAN LAGI HARI BERBAHAGIA ANDA.......LAU RASA BERMINAT NAK TEMPAH LEH LA EMAIL/CALL SAYA .........

COKLAT POTPURI BENTUK ROS


COKLAT POTPURI BENTUK LOVE


50-499PCS -RM2.50
500 KEATAS - RM 2.20
WARNA ADALAH PILIHAN ANDA MENGIKUT TEMA TEMASYA ANDA........
KEPADA BAKAL-BAKAL PENGANTIN KINI SAYA ADA MENYEDIAKAN BUNGA PAHAR YANG BERTAKHTAKAN COKLAT......INI ADALAH ILHAM SAYA YANG TERBARU LAIN DARI YANG LAIN........KEPADA SESIAPA YANG NAK ORDER LEH LA EMAIL/CALL/SMS SAYA YE.........

BUNGA PAHAR CODE 09





BUNGA PAHAR + COKLAT RM3.00

BUNGA PAHAR SAHAJA RM2.20


BUNGA PAHAR CODE 34






BUNGA PAHAR CODE 34
BUNGA PAHAR + COKLAT RM3.80

BUNGA PAHAR SAHAJA RM3.00

WARNA BUNGA PAHAR & COKLAT BOLEH DITUKAR KEPADA WARNA PILIHAN ANDA MENGIKUT TEMA TEMASYA ANDA........PEMBUNGKUSAN COKLAT JUGA BOLEH DITUKAR KEPADA ALUMINIUM FOIL


Gambar-gambar ni aku ambik masa akhir bulan september ........almaklum le lau guna "officenye" ne le tengok time nye.........so layan je le ye.......





Syukur Allahamdullilah ini tempahan terakhir dibulan mulia ni........ni tempahan dari nor officemate aku 2 set mix(strawberry,orange,capuccino) dan anita gapurna 3 set 2 orange & 1 capuccino........aku bangun seawal 1 pagi untuk menyiapkan tempahan last minit ni..........masa aku bagi pada noor .....dila lak tanya nape aku x email kat semua orang aku pun cerita yang aku bahagia 2 dengan laila........dila cakap lain kali email je kat semua senang dorang nak order.........aku rasa kalau aku warwarkan pada semua orang mau aku tido 2/3jam sehari.......hu hu yang ni pun aku rasa dunia aku kat coklat je...........ni la cabaran aku dibulan yang mulia ni..rezeki yang aku tak sangka..................bukan apa A to Z aku buat sorang diri dari memarut hingga la ke bungkus membungkus................pada sesiapa yang nak merasa kelainan rasa coklat yang berinti ini leh la call / sms aku..........rasa dulu baru tauuuuuuuu.......





































Syukur Alhamdullilah ni la tempahan coklat sempena Hari Raya..........aku x sangka banyak gak aku dapat tempahan.............ni tempahan yang aku buat hari jumaat & sabtu lepas............ni ada yang tempah last minit.........siap je coklat aku hantar ke Jane di kg pandan.............Jane order perasa strawberry bentuk ros,capuccino bentuk empatsegi,pearl choco bentuk love.................yang lain2 order dari budak officemate aku iaitu,farah & zeila perasa capuccino,zuwaidy perasa mix(strawberry,durian,orange,jagung,capuccino),faatimah perasa capuccino,nurul order 2 perasa capuccino & mix(strawberry,durian,orange,jagung,)...........
order dari gapurna iaitu diana perasa strawberry & anita 4 set,2 orange 2 lagi perasa capuccino..........ana perasa durian(tak tahu lak apa nama syarikat )...........diorang ni keje 1 bangunan dengan tempat keje aku...........zty dar jabatan kimia kat tmn jaya tempah 1 set perasa orange................aku buat free delivery je lau kat putra lrt / star lrt.........zty ni tengok dalam mudah.com terus dia tempah..........zty cakap dia nak cari yang halal je.........aku bersyukur zty kata coklat aku sedap...........semuanye cakap macam tu(angkat diri sendiri nampak).........memang aku tak sangka dapat tempahan last minit.........ni pun aku bagi dorang sample.............masa aku bagi ana coklat kat surau hari isnin tiba2 noor officemate aku tanya,aku jual coklat awat tak cakap dengan dia...........aku cakap sebenarnye aku bahagia 2 dengan laila(yg belajar dengan aku buat coklat) untuk promot kat office......... laila ambik dak senior aku lak dak junior..........tak sangka laila tak promot pun...........apa lagi noor pun order le dengan aku 2 set mix(orange,strawberry & capuccino).............esoknye anita dari gapurna lak tambah order 2 set lagi.........tapi aku cakap hari jumaat baru leh bagi...........hu hu hu aku bangun kul 2 pagi start hari selasa sampai la hari ni..........semalam anita gapurna tambah lagi 1 set nak pagi ni.........apa lagi bertambah lak tempahan last minit aku..............dengan bekas container tu takde stok kat bake with yen....yang ada terhad je........tu yang bekas ada 3 jenis............malam ni aku nak habiskan tempahan buat noor & anita.........apa2 pun aku bersyukur atas nikmat rezeki ku dibulan yang mulia ni................so pada sapo2 yang teringin & ingin merasa air tangan ku leh call & sms aku ye..............cuba dulu baru tahu...........





























Selain menjual biskut raya & coklat aku jugak mengambil tempahan menjahit manik..............sayang ada yang aku terlupa nak ambik gambarnye.........yang ada hanya kak sabariah nye baju yang aku snap kat kamera aku...........baju Juriah budak officemate aku akan aku ambik gambarnye bila dia pakai lepas raya nanti...........aku x ambik upah jahit manik yang banyak seperti tahun sudah.........ini disebabkan kak sabariah jugak menghantar kain langsir untuk ku jahit...........1 rumah aku jahit untuknye..........tapi aku hanya ambik gambar yang siap dilipat.......masa raya nanti aku nak ambik gambarnye masa kak sabariah pasang kat rumah dia nanti.......... Maaf ye langsir aku hanya buat kekawan yang terdekat & adik beradik ku sahaja....................
Dah lama aku tak up-dated blog aku kerana kesibukan dengan kerja2 office......... dah tu terpaksa lak buat kerje orang lain..........ni la yang payah dapat officemate yang kerjanye asik MC je.........sekarang ni keje dia aku lak kena buat ............geram tul ........sabar je ni mungkin dugaan di bulan yang mulia ni.............kesibukan dengan keke2 office aku tetap menjalan aktivi menjual biskut raya ..........biskut ni semuanye jiran aku nye...........just tolong je..........ni antara biskut2 yang aku jual........

Biskut Bangkit




Popia Simpul




Biskut Kelapa




Tart Nenas


Bukan biskut je yang aku jual tapi Homemade Coklat.................Alhamdullilah ramai yang order tapi aku tak berkesempatan nak upload gambarnye lagi...........masa rehatku cuma 1/2 jam je.....so kena le buat sikit2 dulu...........lepas ni akan aku sertakan gambar coklat yang ditempah........tungguuuuuuuu.......



























Sejarah Ramadan

* Ramadan: ertinya panas terik
* Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
* Berlakunya Perang Badar Al-Kubra dan Islam mendapat kemenangan.
* Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin (Fathul Makkah) dan berakhirnya penyembahan berhala.
* Di dalamnya terdapat malam al-Qadar yakni malam yg lebih baik dari 1000 bulan.
* Di pilih sebagai kewajipan ibadat puasa.
* Di pilih untuk ibadat-ibadat lain (tadarus Al Quran, Terawih, Zakat Fitrah)


Kelebihan Bulan Ramadhan

* Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia, terlepas dari siksa kubur)
* Bulan penuh keberatan
* Di dalamnya terdapat satu malam al-Qadar
* Ganjaran solat sunat sama dengan solat fardhu
* Manakala solat fardhu diberi 70 kali ganda ganjarannya
* Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
* Bulan menambah rezeki
* Menambahkan pahala dalam buku catatan amal
* Bulan keampunan - doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa, juga doa pada sepertiga malam.
* 10 hari pertama adalah rahmat,
* 10 hari pertengahan - pengampunan daripada Allah
* 10 hari terakhir - kemerdekaan dari api neraka.



Amalan-amalan yg digalakkan di bulan Ramadhan

* Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan sesama Mukmin
* Menempah pakaian untuk Ramadhan
* Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
* Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
* Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
* Bertadarus Al-Quran secara bersemak (bukan sendirian)
* Solat berjemaah setiap waktu
* Solat jemaah di masjid/surau
* Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
* Sahur diwaktu akhir
* Sahur - untuk mengelakkan makanan tidak hadam, elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
* Mandi Janabat (hadath) sebelum habis waktu Imsak
* Kurangkan tidur
* Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
* Tunaikan Solat Dhuha
* Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
* Tunaikan solat Rawatib (solat sunat yg mengiringi solat fardhu)
* Jaga pacaindera
* Elakkan gosok gigi pd waktu petang
* Hadiri majlis ilmu / tazkirah
* Buat baik pada ibubapa
* Isteri hendaklah taat pada suami
* Banyakkan bersedekah
* Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
* Berbuka bersama org tua
* Jemput tetamu berbuka
* Kurangkan berat badan - diet
* Banyakkan i ' tikaf di masjid (lelaki sahaja)
* Baiki hubungan suami isteri & keluarga
* Baiki hubungan jiran
* Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan
* Elakkan belanja berlebihan
* Kuatkan kesabaran
* Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
* Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
* Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
* Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu & melalaikan
* Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
* Berdoa dengan nada lembut dan merayu
* Jauhkan bercumbu antara suami/isteri pada siang hari
* Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
* Melazimkan solat pada awal waktu
* Sebelum berbuka elakkan bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
* Elakkan banyak berhutang
* Merasa pilu pada akhir-akhir Ramadan kerana ditakuti tidak akan bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
* Tunaikan zakat fitrah



Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

* Kepada Orang Tua yang lemah
* Kerjakan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah di masjid/surau,
* ini sudah dikira beramal pada malam Al Qadar

* Orang yang tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas
* Bagi orang yang kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Bersihkan badan / mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah dan baca Al-Quran


NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik


Cara Menyambut Idul Fitri
Jangan sekali-kali disambut dengan hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan. Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untuk berehat telah berakhir. Adalah dicadangkan supaya keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka. Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita.



Takbir Di Malam Raya
Banyakkan bertakbir pada malam raya sebagai tanda kesyukuran diatas kejayaan melaksana ibadat dan menundukkan nafsu di sepanjang Ramadan.



Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik-baik bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya kita menghayatinya dgn sungguh-sungguh. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya Ramadan kali ini dapat diisi dgn amalan-amalan seperti yg tersebut di atas & semoga kita menjadi insan yg soleh/solehah.



*Doa utk menghilangkan lekas naik marah/ baran,maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin....



Rujuk kepada Surah Al-Anbiya, ayat-69. Sebelum minum, baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak, suami dll). Insyaallah.



Wallahu a ' lam.


NI SEMUA KOLEKSI TAHUN LEPAS.........GAMBAR BLER SEBAB TANGKAP SEBELAH MALAM DALAM BILIK LAK TU.........NAK CITE SIKIT BAJU-BAJU NI AKU BUAT MASA MALAM RAYA & MASA RAYA..........TU YANG SENGET BENGET TU(X KISAH APA ORANG NAK KATO)..........AKU SUKA YANG SIMPLE JE....SBB TU SEMUANYE YANG SONANG GITU........LAYAN JE LE GAMBOR-GAMBOR YANG BLER NI.........ALHAMDULLIAH TEMPAHAN TAHUN NI AGAK MENGGALAKKAN JUGA...........NASIB LE SEMUANYE NAK SIMPLE GITU........TAHUN NI AKU LEBIH BANYAK AMBIK TEMPAHAN COKLAT UNTUK HARI RAYA .........PADA SAPO-SAPO NAK TEMPAH COKLAT UNTUK DIJAMU PADA PAGI RAYA LEH LE TEMPAH SEKARANG YE










Dah lama aku tak mengup-date blog aku ni....Almaklum le guna office ye internate.......ni aku nak cite sikit tenteng aktiviti aku sepanjang bulan lepas........Tanggal 8-11 Julai aku ke Sabah bersama-sama dgn memberku Ayu,Hasnah,kak Zana & anaknye si Fatin.......Kami bertolak kul dari Kl ke KK kul 9 mlm rabu 9 mlm sampai kul dlm kul 11 mcm tu........tak sangka satu flight dengan Adam AF .........apa lagi aku pun suruh le pramugari tolong tangkap gambar Adam.........sampai kat lapangan KK kami disambut olah suami kak Julie.........ni kali kedua aku ke KK.......dulu aku pi dengan Mariam tapi kami tak dapat pi jalan jauh almaklum le baru first time.....so jalan-jalan ke KK je le........kali ni aku book kak Julie untuk bawa kami jalan-jalan satu Sabah..........lau pi ikut agensi depa charge mahal gitu.....dengan kak Julie memang sesuai dengan budget kami........so lau ada yang berminat nak pi KK gunakan perkhidmatan kak Julie suami-isteri leh hubungi aku (ambik kesempatan nak promot ni)...........banyak tempat-tempat menarik kat Sabah ni.........kami pi Filipin market,pasar malam ,mandi air panas,pi jambatan gantung tampaluri,beli beras bukit,beli beras wangi sabah,beras wangi sarawak dan lain-lain aktiviti.......yang paling penting impian aku nak pi kaki gunung KK berkesampaian.........seronok beb....sempat gak aku daki sampai 1200 kaki je dengan pakai casual aku dok daki gak sampai kena gelak dek satu mat salleh yang baru habis daki gunung KK........sebenarnye aku tak plan nak daki gunung KK pun........dapat pi kaki gunung pun dah syukur Alhamdullilah bagi aku........di sebabkan hubby kak Julie cakap rugi lau tak daki.....pikir nye pikir aku dengan geng semua dok daki dengan seluar jeans.............tak pernah dibuat orang.......janji aku puas.....sorry tak leh layan lebih-lebih so layan le gambar semasa sempena aku dan member-memberku berada di Sabah k.........Layannnnnnn bebbbbb

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Sorry Graphics More Sorry Graphics at Jhocy.com

KU MOHON SEPULUH JARI KEMAAFAN JIKA ADA TERSILAP TERKURANG SEMASA SAYA MENGAJAR

Thank You Graphics More Thank You Graphics at Jhocy.com

RIBUAN TERIMA KASIH KU UCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG DATANG KE KELAS KU INI.SEMOGA TIDAK SERIK UNTUK BERSIFU DENGANKU.....